Allah, pahitnya rasa...
lepas menangis rasa lega...
Kadangkala kita rasa ibu ayah kita tak pernah faham kita...
Itulah yang sedang kurasakan kini...
sebentar tadi, aku menangis... kerana, ya, kuakui memang silapku... tapi setiap kali kubuat salah, aku sebnarnya ada alasan kukuh yang mama tak pernah tahu. tapi kusimpan dalam hati, telan dan biar ia hilang dilenyap masa.
tadi, memang salahku, aku lupa, tetapi kerana aku sibuk. mama memberi terlalu banyak arahan dalam satu masa. dalam masa yang sama, aku terpaksa buat kerja yang biasanya dibuat kakak. aku tak nak bising kerana dia sengaja terlupa rutin kerja dia. sepanjang minggu ni akulah yang sidai angkat kain, buat kebanyakan kerja rumah yang dicopkan kerja kakak.
tetapi, mama pula.... kata kubuat kerja kakak kerana nanti aku merungut asyik aku yg buat kerja. ya, itu dulu, rasanya sejak aku masuk sekolah menengah ni, kalau aku ada rasa macam tu, aku simpan je dlm hati, tak pernah luah mcm waktu sekolah rendah dulu.
AKU KINI LAIN
Tapi mama... selalu kata "mama dah tahu perangai kau ni, sejak kecil sama je..."
terdetik di hati... "MAMA TAK PERNAH FAHAM AKU"
Aku menangis tadi kerana mama asyik cop aku malas buat kerja, malas datang dapur, tapi hakikatnya aku ada baaaaaaaaaaaanyak homework. tapi kakak? mama takde membebel teruk pun kalau dia tak datang dapur. mama tak marah lebih-lebih pun kalau dia bangun lambat. tapi aku?
baru hari first holiday, bangun lambat sikit je, lambat sikit, mama membebel beria-ia tapi kakak yg tak bangun-bangun tu? tak pula mama terjerit-jerit suruh dia bangun.
"MAMA PILIH KASIH"
Itu yg pernah terdetik di hati lagi. tapi aku sentiasa husnu zon, mama sayang aku, tak nak aku jadi malas... macam xxx
*luahan perasaan je. Nampak pjg berjela, maaf!
The act is, setiap ibu tak nak anaknya jadi malas. Setiap ibu nak yang terbaik buat anaknya.
#notes for moms
menegur anak tak salah. marah anak pun tak salah. tapi guna cara yang betul. jangan sampai cara yang digunakan itu menjadikan anak lebih teruk dan tidak dengar kata.
#notes for sons/daughters
walau siapa pun dia, walau teruk perangai dia, dia tetap ibu kita hingga akhirat. walau kita terluka dengannya, cepat redakan. jangan berdendam dengan ibu bapa.
Alhamdulillah, Allah beri aku kekuatan untuk mengawal sifat marah. Dengan iman, boleh mengawal segalanya.
Now I can smile ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan