Pembuka bicara

Pembuka bicara

Akibat buat donno... (sebenarnya taktau nak letak tajuk apa)

"Ikut cakap mak... nescaya urusan dipermudahkan oleh Allah"


Nak kongsi kisah kami yg boleh jadi ibrah buat sume. :)


Semalam mama dan ayah pergi reunion UPM jadi kami ditinggalkan di rumah atuk. Mama kata petang nanti dorang baliklah. Kalau mama call petang nanti, siap cepat. nak tengok Fariz(sepupu 2 tahun) dekat hospital. (dia sakit hemophilia... sian Fariz, nanti Kak Nurul beli Lego, ok?)


Pukul 4 petang... adik-adik leka main, kakak apa lagi, buat kerja biasa dialah, aku pulak dah tenggelam dlm novel... huhu, tak sedar dh petang. Mana taknya, duk memerap dlm bilik. Atuk ngan Wan pergi kenduri. lagi heavenlah kami! Mama call suruh mandi, siap cepat, setengah jam lg mama ngan ayah sampai.


Masing-masing buat donno.


Pin! Pinn!!


Alamak! Mama ngan ayah dah balik! Semua belum siap mandi lagi!


Nak dipendekkan cerita, kami lambat bertolak ke hospital. pukul 5.30 dari rumah atuk kat KL (Kuala Langat) pukul berapa nk sampai HKL dgn jam lagi.


tup.. tup, sampai hospital 6.30. Pusing punya pusing, akhirnya sampai juga Institut Pediatrik setelah 2,3 kali sesat.


Alamak! car park full!


Ayah terpaksa tunggu dlm kereta. Kami rush. Waktu melawat habis kul 7.00. masih sempat nk beli mainan dkt Fariz. singgah hospimart sekejap.


aduh, lambatnya orang depan ni kira brg dia! Mak cik ni tak puas hati dia beli barang lebih sepuluh ringgit. Excuse me, aunty. Mak cik beli barang banyak tau. memang logic lah kalau sampai RM20.


Barisan dh panjang. mak cik ni tak habis kira lagi. Akhirnya kami tak jadi beli memandangkan masa makin suntuk. Rush lagi.


Katanya Wad KK7. Checkmate! KK7 di aras 3! (kami sekarang di aras 2) naik lif. Signboard KK7 ke kanan. Aik, mana KK7? KK8 adalah. Salah jalan kot.


Pergi belah kiri lak. KK8 lagi? byknya KK8. jalan lg.


KK9 dah? Tanya misi. Katanya KK7 dekat belah kanan tadi. Kami pun jwblah, dekat situ KK8, dekat sini pun KK8. mana KK7.


"oh, KK7 takde. sedang dibaik pulih, pindah bangunan belah sana."


Ya Allah! Telefon mak cik(panggilan kami kpd adik mama iaitu ibu Fariz).


"Wad Fariz dekat KK4, tingkat bawah tadi, bukan KK7."


Allah! Rushing ke lif, tekan butang aras 1. Aik, KK1,2,3. mana KK4?


Tanya misi lagi. "KK4 dekat aras 2." Allah! Kami lupa 'tingkat bawah' maksud makcik tadi, aras 2 lah. aras 1 ni dah underground. tekan butang lif lg. (rasanya lif pun dh muak dgn kami)


Akhirnya.. senyuman terukir tatkala jumpa signboard 'KK4'
Huh...


Sampai depan pintu masuk wad KK4, ada notis tertulis;


"Waktu melawat Sabtu Ahad: ** pagi sehingga 7.30 malam."


7.30??? punylah kami rush rupanya 7.30.... ada lagi 30 minit!


"Hari ni penat berlari je..." -mama-


Aku terfikir. kenapa susah sangat nak cari wad tadi? rupanya, salah kami.


you alls.. *cewah* ikut pesan ibu ayah. kalau disuruh mandi, pergi mandi (hehehe..)



Tiada ulasan: