Pembuka bicara

Pembuka bicara

ADA AKU KESAH?




Masalah ummah kini.


Ada aku kisah....?


  • kalau dia tak tutup aurat?
  • kalau dia nak couple?
  • kalau dia merokok?
  • kalau dia tak solat?
  • kalau dia buat jahat?
  • kalau dia....
Dan seribu satu 'kalau dia...'


Antara alasan umum kenapa tak ambil kesah penyakit masyarakat kini:
Kubur lain-lain. Asalkan aku tak buat apa yang dia buat. Biarlah dia nak buat apa pun. Asal dia tak kacau aku sudah.
 Nah. Itu masalah kita. Kadangtu ana pun ada rasa macam tu gak.


"Biarlah dia bangun lambat. Biar dia bangun sendiri. Asalkan aku dah solat. Kalau dia tak bangun solat, dia yang dosa."


Tak! Bukan dia saja! kita juga berdosa....


Baru ku tahu rupanya... Alhamdulillah, Allah beri ana fahaman lebih. itu tanda Allah saying ana. Sejak ana masuk sekolah agama, fikiran ana lebih terbuka. bukan setakat diri, tetapi juga memikirkan ummah.


Kalau dulu, ana tak pernah fikir masyarakat Islam di luar sana. Tak pernah fikir nak bagi fahaman kepada org lain. tak pernah fikir nak tarik sahabat kita jauh dari neraka. Selalu fikir tentang diri. Asal aku tak tinggal solat. Asalkan aku tak buat dosa. Asalkan aku beribadah secukupnya. Noktah.





Ya, memang betul segalanya bermula dari kita. kita kena betul baru boleh betulkan orang lain.

Kenapa masyarakat kini ramai yang tak tahu kaki itu aurat bagi muslimah?

Kenapa masyarakat muslim kini masih lagi tidak pedulikan aurat lututnya?

Padahal mereka yang ada fahaman agama ini ada di sekeliling mereka.

TAK PEDULI

Kita kena ubah pandangan orang lain. Kita kena ubah pemikiran orang lain. Kita yang ada fahaman agama ni mesti beri fahaman agama kepada orang lain. Barulah Islam menjadi bersatu.

Apabila ditanya kepada salah seorang pemimpin di Palestin, apakah kalian mahu bantuan tentera dan makanan?

Tidak. Kami mahu kamu satukan umat Islam di tempat kamu sendiri.

Ala, dah ramai da'i. merata-rata. buat apa nak berdakwah lagi?


Tidak! Itu hanya hasutan syaitan. Setiap insan adalah khalifah. Setiap muslim adalah da'i. Da'i kepada diri dan kepada orang lain. Mengajak orang lain berbuat baik dengan cara berhemah.




Oleh itu, apa tunggu lagi? sudah tahu apa yg perlu dibuat, bukan?


wassalam ^_^







Tiada ulasan: