Pembuka bicara

Pembuka bicara

Cikgu Shahrul

Alkisahnya begini.......

        Seorang cikgu ni... Dia mengajar bahasa melayu.. (Ini bukan mengata tetapi bercerita sahaja)
Cikgu ni seorang yang suka... Kiranya macam suka berdebat juga lah. Apa yang buat kami satu kelas tidak berapa gemar ialah cikgu ini sering berkata semuanya betul. Camne nak kata ya?
Ha! Contohnya begini... Cikgu tanya sesuatu kepada kami:
       "Perempuandengan lelaki sama je. Betul?" Dia soal kami betul atau tidak. Bila kami jawab tidak, dia akan kata: "betul?" Kami jawab tidak. Dia jawab balik; "betul!?" Bila kami cuba mempertahankan jawapan kami, dia tetap dengan 'betul' nya. Jadi, kesimpulannya, kami tetap kena jawab betul bagi setiap pertanyaannya. Kalau begitu, buat apa tanya orang kalau jawapannya ada pada cikgu sendiri?
         Aiseh.... Kalau cikgu ni cakap, memang takde yang boleh lawan! Asalnya cikgu ini bukan warden tapi bila satu hari tu diumumkan Cikgu Shahrul jadi warden buat SATU TAHUN menggantikan ustaz..... Lemah semangat kami mendengarnya... 
-cikgu ni tegas bila luar kelas. Dalam kelas dia lawak. Luar kelas muka garang... Masuk je kelas        kami, senyuman mula terukir.(senyuman sinis)
-cikgu ni suka meronda waktu prep
-cikgu ini suka menangkap pelajar yang buat salah
         Banyak kisah kami dengan cikgu ini. Cikgu ni selalu cari salah seorang budak kelas kami yang namanya Farhanah. Kesian dia. Aku pula suka berdebat dengan cikgu. Lagi satu cikgu ni kalau bagi kerja sekolah, sekali mengalahkan puncak everest!
          Cikgu Shahrul tak suka marah orang. Dia suka menyindir orang. Kadang tu, kami suka juga dengan cara cikgu berinteraksi dengan murid/ menarik perhatian kami. Itu sahaja tentang cikgu kami yang seorang ni. Semoga segala gurauan kami tidak menyebabkan cikgu kecil hati dan semoga ilmu yang cikgu curahkan diberkati. Aminnnn.... Wallahualam......