Pembuka bicara

Pembuka bicara

2 Firdaus

Kelas 2F ......
Kelas ni 24 perempuan, 8 lelaki....
Sikit kan? Cikgu shahrul kata... Bila cikgu masuk kelas kami je rasa macam mengajar sekolah perempuan...
Tema kelas kami biru laut.... Sejuk mata nanti..(belum cat lagi)
Kelas kami tiada kipas. Huhu.... :(
Kipas yang berfungsi hanya kipas depan sahaja....
(Sekolah ingat kelas first tak perlu kipas ke hah?)
Tapi yang paling kutidak minati kelas ini hanyalah pada waktu matematik.
Kenapa math? Dulu yang ku suka ialah math, sekarang kutidak sukakannya. Kenapa?
Cikgu math tu fikir kelas pandai, budaknya semua pandai math ke? Semuanya kira math laju-laju ke?  Kami pun manusia biasa juga. Ada yang pandai math, ada yang tak. Cikgu-cikgu selalu membandingkan kelas kami dengan kelas lain. Memang itulah yang terjadi apabila masuk kelas first. Sejak dari sekolah rendah lagi memang kelas first selalu dibandingkan dengan kelas lain....
Kelas firdaus jugak selalu banyak kerja sekolah. Bukan selalu tetapi setiap hari!
Pernah satu hari tu, ramai cikgu pergi mesyuarat... Bayangkan, betapa bebasnya kami!
Tapi, sekejap je.... Kerja sekolah yang semalam semalam punya masih banyak lagi...
Kelas kelas lain selalu cakap, bosannya waktu prep, takde kerja nak buat. 
Kami ni tidur lewat malam demi menyiapkan kerja yang jika disusun, boleh jadi bukit!
Itulah kelas kami.....
Ramai yang kata; untunglah, kelas pandai! Namun mereka tidak mengetahui betapa sengsaranya menjadi budak pandai! Namun kami tahu, ada banyak lagi ilmu Allah yang belum kami pelajari. Ini semua ujian sementara di dunia. Kami akan berusaha untuk mengutip sebanyak mungkin ilmuMu di dunia ini....... In Sha Allah......