Tahun baru ni, azam mesti baru!
Apa azam aku? Jadi anak, kakak, adik, senior, kawan yang baik!
Dan juga jadi hamba yang taat kepada-Nya.
Serta seorang yang rajin. Rajin apa?
Ha! Banyak rajinnya ni. Kalau nak senaraikan, panjang jugaklah...
-rajin menaip novel sehingga habis
-rajin mencipta karya baru
-rajin beribadat
-rajin ulangkaji pelajaran
Dan rajin dalam pelbagai aspek lagi.
Baru dua bulan, ada banyak peristiwa yang berlaku sama ada di sekolah, asrama, atau rumah. Haih.... Kadang tu penat jugak dengan permainan dunia dan isi hati manusia ni.