Pembuka bicara

Pembuka bicara

EXYPNOS (official post)



IN THE NAME OF GOD THE ALMIGHTY...

Semalam... tarikh bersejarah... bukan birthday sesape... bukan tarikh anniversary sesape.. tapi, tarikh saya meninggalkan EXYPNOS.

Anda kenal tak exypnos? Exypnos 1225 atau REDLEXTF telah bertakhta di hati saya selama 3 tahun 1 bulan 16 hari dan kini, Exypnos akan terus bertakhta di hati saya insyaAllah, till jannah.
Anda nak berkenalan dengan Exypnos? oh... anda tak akan larat mengenali kesemuanya kerana mereka semua special! Tak pe lah dah kalau nak kenal sangat, meh saya tunjuk gambar (sebenarnya ada ramai lagi yang takde dlm gambar):


semut semut ni semua EXYPNOS 1225


Saya mula menjejakkan kaki ke simpang lima (atau SBISS.. erk') pada 13/2/2012 dan meninggalkan sekolah ini pada 13/2/2015. cukup 3 tahun menimba ilmu di sini. banyak sangat kenangan. Saya hargai sangat-sangat. Terima kasih guru-guru, yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Senior-senior, yang memberi tauladan yang baik. Rakan-rakan Exypnos, mengelilingi saya tanpa jemu setiap waktu. Adik-adik junior yg menyayangi diri ini (cewah). Thanks very much. Tanpa insan ini semua, saya tidak akan mampu menjadi yang lebih baik dan Berjaya seperti sekarang. InsyaAllah, saya tidak akan hampakan harapan kalian.

Bila saya dapat tahu saya KISAS menerima saya sebagai pelajarnya, first impression saya: SEDIH. Ya, saya sedih bila saya dapat tahu yang suatu hari nanti saya akan tinggalkan exypnos. macam mana dengan mereka? Adakah mereka tidak akan apa-apa kalau saya pergi? saya risau, gundah gulana. Siapa yang nak jadi 'ibu' mereka selepas ini? Siapa yang nak jadi rujukan mereka? Saya rasa bersalah. Bersalah yang amat.

Saya rasa bersalah kerana selama ini saya membiarkan mereka lean themselves on my shoulder. I should not do that. Saya harap mereka mampu hadapinya. Ya, saya tahu Exypnos tabah, kuat. Remember, Exypnos;
We have GOD. And OUR GOD is BIGGER than all our problems
 Dear Exyppians,
Be strong. Allah suruh kita usaha. Usaha dan Usaha lagi sehingga boleh. Jangan mengalah dan menoleh ke belakang. Kerana saya tahu kamu semua mampu Berjaya. Kejayaan yang sebenar itu bukanlah mendapat straight As semata mata. tetapi kejayaan yang sebenar adalah apabila kamu berusaha sehabis mampu. Sebab itu, saya belum rasa nikmat kejayaan yang sebenar. Sebab saya belum cukup usaha. Straight As yang Allah bagi, itu ujian untuk saya. sama ada ingin terus usaha atau sekadar berada di takuk lama. berubahlah Exypnos. Demi kejayaan yang sebenar.


Dear Exypnos,
Kalau hang nak tau, betapa beratnya hati saya sewaktu melambai kalian buat kali terakhir. Saya rasa tanggungjawab saya sebagai seorang sahabat tidak habis terlaksana. Saya tidak sempat untuk mengajak kamu semua ke arah yang lebih baik. Saya mungkin belum sempat menarik kamu semua dari alam mimpi. Saya rasa saya belum buat semua itu. Asif jiddan, jika saya mengabaikan kamu semua kerana kepentingan diri. Selfish kan saya selama ini? Mian...


Dear Exypnos,
Saat saya berpaling ingin melangkah masuk ke dalam kereta, saya terhenti. Air mata saya mengalir lagi. Kenapa ia tidak mahu berhenti? Kenapa ia masih mengalir? Lalu kalian peluk saya erat, dan saya mampu untuk tersenyum. Rupanya saya tahu kenapa ia tidak mahu berhenti. Kerana saya perlukan kamu semua, sahabat. Doakan saya semoga tabah sentiasa. Saya akan doakan kamu semua, insyaAllah. :)


Dear Exypnos,
Ketika saya terberhenti melangkah, saya berpaling. saya ingin melihat wajah-wajah yang telah menceriakan hari-hari saya. Wajah-wajah yang telah melakarkan garis-garis pelangi di hati saya. Saya dapat lihat, keceriaan kalian atas kejayaan saya. Terima kasih, sahabat. Saya juga dapat lihat, kesedihan kalian ingin melepaskan saya sehingga saat-saat terakhir pun masih tak mahu lepas pelukannya. Maaf, saya tidak dapat menemani perjuangan kalian. Teruskan berjuang wahai sahabat. Life must go on, right?


Dedikasi kpd beeta yang cun, amni mata bersinar, mim yang comel (jg hanis leklok), hanis yg cantik (jg mim leklok), chika kopi doraemon, zue the lame joke, atiq yg tak nak kawan 10 saat (jaga nurin leklok), cha'u yg perasan cute, pa'a amoi cina, nasy peace kembang, siti lawatlah selalu, sere directioners, najah msv's, aina yg jet-jet kerek, maibus si ombak, najwa yg baru nak rapat, aifa gedik-gedik manja, enju yg tertidur dlm lab bio, anis syaf bff dinot, jannah yg ada adik cute, hadirah the owner of diraz, nab bola berguling yang dah berguling jauh, tygonbus, onot takut cacing, dinot aciii, nurin yg tak nak ngaku kakak aku, midah the artist, ano anak arab, alia yg suka seret selipar, diah hilal's, arin dak smap, niesha bambam comel, ctiez yg asyik buat fake call, farah the businesswoman, shera the anime's, fatin afiqah lesung pipit comel, fatin izzah's world, chanapi n wajee the tallest girl, ina falahiah's, outsiders (hanim, beah, uyin, ika, nadirah, tini, mek, azie, auni) dan semua yang lain, and lastly the most special person in my heart; yuya's the cutest. one of my treasure in this world. Gambatte you all. Fighting!


#kalau ada rezeki kita jumpa lagi tau
#ukhuwah fillah
#uhibbukunnafillah


Ilalliqa'! ^_^

1 ulasan:

Unknown berkata...

Qis....gomapta cingu...saranghae.... :')