Pembuka bicara

Pembuka bicara

Rabbi yassir wa latu'assir...

Actually, gambar ni has nothing to do with what I want to post... but it just attracted me as the quote is really making me fell deep down inside...

^_^ Alkisah... (eceh, mukaddimah ke tuh?)
Allah, moga dipermudahkan segala urusan kami!

Doakan kami pelajar tingkatan tiga terutamanya Exypnos 25 REDLEXTF dan ex SKBBKS 2011. Semoga Allah merahmati kalian juga. ^_^

Ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi. Alkisah... (okey, kali ni memang alkisahnya)
Pada zaman dahulu kala, (gimik je :P) ada dua orang sahabat. Memang sahabat yang betul-betul sahabat. Si A dan si B. Suatu hari si A kata
"Awak, kita bersahabat ni sampai ke mana?"
"Sampai ke syurga, insya-Allah."
"Awak janji dengan saya?"
"Janji apa?"
Si A tersenyum. "Janji yang kita bersahabat kerana Allah. Bertemu berpisah kerana Allah."
 "Saya janji."
Beberapa bulan selepas tu, si B rasa macam ada yang tak kena dengan si A. Si A asyik mengelak je dari si B. Suatu hari si B dapat tahu si A demam panas. Dia risau.
 "Awak okey? Kenapa awak dingin dengan saya? Cuba bagitau saya."
Si A berpaling. Dia tidak mahu memandang si B malah disuruh pergi. Si B pun pergi. Makin lama dia makin meluat dengan perangai si A. Dia rasa satu perasaan benci dekat si A. Kata si B dalam hati.
 "Dia yang mula benci aku dulu!"
Si A dan si B memulakan kehidupan dengan cuba mengelak antara satu sama lain, tidak bertegur sapa walau duduk sebelah menyebelah. Hati si A sengsara sebenarnya tetapi dia cuba bertahan. Jasad mereka dekat tetapi hati mereka jauh. Seorang di utara, seorang di selatan, ibaratnya. Beberapa minggu kemudian, Si B didatangi seseorang.
"A pengsan, dekat hospital sekarang!"
Tipulah kalau tiada sekelumit pun rasa bersalah dan risau dalam dada. Sahabat, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa. Doktor kata si A tenat. dia sebenarnya dah lama ada penyakit kronik. Tunggu masa sahaja.
"Maafkan saya...." kata si B
"Tak... saya nak ucap terima kasih."
"Ke.. kenapa?" si B tertanya-tanya.
"Kerana saya dapat tinggalkan awak dengan aman. maaf. saya tak pernah benci awak. saya cinta awak kerana Allah. Saya takut awak terlalu bergantung harap pada saya. Sepanjang saya tiada di sisi awak, awak boleh hidup macam. Cuma saya rasa terseksa sebab saya tak berada untuk jaga awak lagi. maafkan saya. Ingat janji kita?"
"Bertemu berpisah kerana Allah. maafkan saya kerana bersangka buruk dengan awak." dengan linangan air mata, si A pergi jua.
p/s: kisah ini hanya menjadi rekaan semata-mata. moga tersampai ibrahnya :D


Sedikit ibrah...
Selemah-lemah iman dalam persahabatan adalah bersangka baik...
Syukran 'ala ziaratukum... ma'assalamah wa ilaliqa'!

Tiada ulasan: