Sahabat?
Kerana 7 huruf itu aku jadi begini.
Entah.
Kenapa aku jadi begini?
Ya, Allah telah kurniakan aku bukan seorang malah ramai teman.
Alhamdulillah, telah kutemui seorang sahabat... yang bagiku merupakan permata berharga.
Tetapi...
Baru kini kumengerti, susahnya nak jaga hubungan dengan manusia kan?
Lagi susah kalau kita berusaha untuk jaga hubungan dengan dia tetapi dia pula yang sebaliknya.
Perit.
Ya, memang betul kalau dia bersikap begitu, itu urusan dia dengan Allah, yang penting kita jaga hubungan kita dengan dia sebab kita sudah memilih untuk menjalinkan tali persahabatan dengan dia.
Tetapi...
Kerana hanya beberapa sebab yang remeh, aku bertindak menjauhi dia?
Oh, Qistina! wake up! this is not you!
Allah, aku tak kuat. Aku masih belum kuat untuk meneruskan hubungan yang bertepuk sebelah tangan ini.
Jika dia masih begini sehingga kami berpisah, aku reda ya Allah. Aku tak kuat untuk menjaga amanah-Mu
fuhhh.. tarik nafas, hembus. Berat
Terasa beratnya amanah untuk menjaga hubungan dengan orang yang kita pilih dia sahabat.
Ya Allah, kuatkan aku. bimbinglah aku ke jalan yang terbaik buat kami.
Menjauhi... atau tetap menjaga?
hurm... aku pilih menjadi diri sendiri.
And now... it's me that you know.
Maaf, saya tak dapat teruskan. Saya doakan awak bahagia dunia akhirat. Asif jiddan.
ukhuwah fillah, qistina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan