So, remember Me, I will remember you And be grateful to ME and do not deny ME. [Quran 2:152]
Pembuka bicara
Apa cita-cita saya?
Semua orang mesti ada cita-cita, kan? Aku?? Mula-mula berangan jadi saintis. Layakkah? Lepas tu jadi tukang jahit pulak. Terbaca novel Dia Istimewa, bila datang raya dapat duit banyak kalau jadi tailor. Lepas tu buka butik pula. Wahhh!!!.... Tapi sekejap aje. Kemudian jadi veterinarian. Sedar diri tu geli kucing, tukar lain jadi cef. Waktu tu dah pandai goreng telur dadar. Dengan pengalaman masak nasi goreng tawar, aku mula belajar melukis dari buku komik. Kakak punya yang jadi mangsa. Hehehe.... Bila dah bosan, menjelang cuti sekolah, mula kumpul novel. Akhirnya cita-cita terakhir nak jadi NOVELIS. Tapi, dua minggu lepas Mama kata jadi novelis tak ada gaji tetap. Kalau ada sambutan hangat, gaji banyak. Setakat hobi atau kerja sampingan bolehlah. So, Mama bagi suggest jadi pensyarah ke, doktor ke, guru ke, arkitek ke, engineer ke. At last, aku pilih jadi pensyarah je. Tapi sekarang ni apa yang dicita-citakan tak sama dengan apa yang kita dapat. So, I hope siapa yang baca blog ni, dapat apa yang diimpikan. Insya-ALLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan